Hiburan

‘Makcik Petir sudah tiada…’

PEMINAT drama tempatan dikejutkan dengan berita sedih berhubung pemergian pelakon veteran, Noryati Taib kira-kira pukul 2 pagi Rabu.

Noryati yang lebih dikenali sebagai Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Berita berkenaan disahkan anak saudaranya yang juga pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan sapaan Budak Ijat menerusi perkongsian di Instagram.

“Dukacita nak bagitahu semua mak saudara saya, Mak Uda Yati atau Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya pukul 2 pagi tadi.

“Bagi semua peminat Mak Uda Yati marilah kita sama-sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah, dihimpunkan beliau dalam kalangan mereka yg soleh.

“Sudi apalah kiranya dapat hadiahkan Al-fatihah untuk Noryati Taib. Semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini,” katanya.

Noryati turut dikenali dengan gelaran Makcik Marry popular menerusi drama Sindarela, Syurgamu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Pemergian Noryati turut ditangisi rakan-rakan selebriti yang turut berkongsikan gambar kenangan dan momen ketika sama-sama bekerja dalam sesebuah produksi.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!