Blog Berita Online

Berita Utama

Makin langsing, perubahan fizikal Datuk Seri Rina Harun curi perhatian netizen

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mencuri perhatian netizen apabila kini tampil langsing dan cantik bergaya.

Menerusi lamon sosial Twitter, dua keping foto terkini Rina Harun tular dan mendapat pujian ramai.

Malah, sekeping foto terdahulu dan terkini Ahli Parlimen Titiwangsa itu menunjukkan perubahan yang drastik selama tempoh dua tahun.

Meninjau ke laman Twitter, rata-rata netizen terkejut dan teruja melihat perubahan menteri yang berusia 47 tahun itu.

“Cantik pulak tengok Rina Harun ni dah slim. Automatik nampak muda,” puji seorang netizen.

“Fuhh Rina Harun meletops. Berapa agaknya bayar personal trainer dia ye?” tanya seorang netizen.

“Haaa..Baru la cantik nak letak dalam kad raya, kad tahniah, kad terima kasih, beras, tepung, minyak, air mineral dan
sebagainya,” usik seorang netizen.

“Rina Harun ni antara orang yang buktikan selain daripada ada duit, umur hanyalah nombor untuk kita glow up. So, kalau
kita masih kentang sekarang, jangan risau mungkin kita akan glow up bila dah tua nanti” tulis seorang netizen.

“Rina Harun tu memang dah lose weight lama dah la. Tapi kali ni power punya lose weight cantik bethol,” sokong seorang netizen.

“Hahahahaha dunia memang dah nak kiamat. Rina Harun pun dah lawa saing-saing YB Rara. Kalau tengok gambar befor dia, macam tak percaya,” kata seorang netizen lagi.

Sekadar info, pada Januari lalu Rina disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Leave a Reply