Blog Berita Online

Berita Utama

‘Manusia berhati binatang..’ – Netizen dedah wajah ibu kandung Amir

Viral di media sosial hari ini berita kematian seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya selepas tiga bulan mereka tinggal bersama.

Kejadian tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk netizen yang berjaya menemui Facebook milik ibu kandung Amir bernama Zuraida Atan.

Rata-rata netizen menyerang laman sosial wanita itu dan meluahkan perasaan geram terhadap perbuatan kejam dia dan suaminya.

Netizen telah membalasa setiap posting dan ruangan komen Zuraida Atan di Facebook, selepas mereka mendapat tahu bahawa akaun media sosial tersebut adalah benar milknya.

Mereka mempersoalkan kenapa Zuraida ingin mengambil semula anaknya sedangkan keluarga angkat anaknya itu sangat baik.

Malah, netizen turut menyatakan bahawa haiwan pun tahu menyayangi anak apatah lagi manusia.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anak mereka lemas di dalam tong air di rumahnya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan daripada itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun telah ditahan.

Di samping itu juga, kertas siasatan mengenai kes ini bakal dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply