MELAKA – Tular di media sosial screenshot mesej antara kakak angkat Amir dengan seorang individu yang menceritakan keadaan jasad adik angkatnya ketika ditemui dan beberapa kejadian selepas arwah diambil semula ibu kandungnya.
Menurut Tuhfah Nazihah Tarmidi, mayat Amir ditemui dalam keadaan sudah mengembang berkemungkinan sudah lama meninggal dunia.
“Lepas tu adik dia yang kecik pecah tembelang kata malam tadi abang tidur dalam tong biru. Banyak kesan lebam pada badan amir,” katanya.
Tuhfah berkata, dia rasa sangat bersalah kerana tidak mengikut cakap ibunya yang mahu mengambil semula Amir kerana dia sudah rasa tidak sedapt hati.
“Mak saya memang tak sedap hati. Tapi disebabkan PKP, saya tangguhkan dulu hasrat itu. Tak sangka dia dah pergi. Tak tercapai dek akal mak dia sanggup buat Adik macam tu,” ujarnya.
Tambah Tuhfah lagi, sudah lebih dua bulan ibunya tidak dapat bercakap dengan Amir kerana dihalang oleh ibu kandungnya.
“Bukan itu sahaja, dia kata mak saya syaitan yang sanggup pisahkan mak dengan anak. Rupanya dia lagi syaitan,” katanya.
Kejadian yang menimpa Amir mengejutkan seluruh Malaysia kerana kisahnya pernah viral tidak lama dulu.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.
Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 petang namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.
Leave a Reply