Blog Berita Online

Berita Utama

Mayat bakal pengantin lelaki lemas di Marang dijumpai

MARANG – Mayat bakal pengantin lelaki ditemukan di tepi pantai Kampung Alur Tuman, di sini, hari ini.

Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada jam 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan lemas

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, pasukan penyelamat yang diketuai beliau melakukan rondaan sebelum menemui mayat lelaki di pantai berkenaan.

“Kita sudah memanggil ayah mangsa untuk membuat pengecaman sebelum dia mengesahkan mayat itu adalah anaknya.

“Berdasarkan keadaan mayat itu, tiada sebarang kecederaan dan mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Marang sebaik pihak forensik selepas melakukan siasatan.

“Dengan penemuan mayat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan lelaki yang dilaporkan lemas di Pantai Kelulut ditamatkan jam 11 pagi dan fokus kita kini pada pencarian kes lemas di Pantai Jambu Bongkok, di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Kampung Kelulut, di sini, hari ini.

Media melaporkan dua lelaki termasuk seorang bakal pengantin dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut dan Pantai Jambu Bongkok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.40 petang di Pantai Kelulut, bakal pengantin, Naim Hariri hilang selepas ditarik ombak ketika mandi di pantai berkenaan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 48 tahun dari Hulu Terengganu pula dikhuatiri lemas selepas mandi bersama enam rakannya sebelum ditarik ombak ke tengah laut di Pantai Jambu Bongkok.

Leave a Reply