Berita Utama

Mesra dan disenangi ramai, Tuan Nik Ezanee ‘naik pangkat’ jadi Ketua JSJ Selangor

Siapa sahaja pasti mengetahui mengenai keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

Seorang pegawai polis yang cukup terkenal dengan sifat kasih sayang, nilai kemanusiaan dan ihsan yang tinggi di sebalik ketegasannya ‘menjaga’ keselamatan daerah Petaling Jaya.

Telah banyak ‘cerita’ kebaikannya yang sering kita baca di media sosial lebih-lebih lagi sosok tubuh ini sering mengungkapkan kata-kata keramatnya, “One good deed a day”.

Terbaharu, melalui satu kenyataan media PDRM, beliau ‘naik pangkat’ dan ditukarkan dari Ketua Polis Daerah Petaling Jaya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor.

Menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, sejumlah 71 orang pegawai kanan polis dilaporkan terlibat dalam arahan pertukaran pangkat dan salah satunya adalah Nik Ezanee.

Difahamkan, selain menjawat jawatan di posisi ketua bahagian siasatan jenayah, beliau juga turut memangku pangkat Senior Assistant Commisioner (SAC).

Bak kata pepatah, ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Kenaikan pangkat ini sudah semestinya menjadikan beliau dapat melaksanakan tugas dengan skop yang lebih meluas.

Segala-galanya adalah demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara. Tahniah diucapkan buat Tuan Nik Ezanee.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!