Berita Utama

Mngsa buIi menang samn RM616,634.20 terhadap penyerng, guru, dan kerajaan

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan untuk membenarkan tuntutan saman berjumlah RM616,634.20 kepada seorang mngsa buIi yang mengalami kecacatan kekal pendengaran.

Remaja itu, sekarang berusia 17 tahun telah menyaman sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma).

Dia juga menamakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, bekas pengetua Sesma, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan kerajaan Malaysia.

Hakim Zainal Azman Ab Aziz dalam penghakimannya mendapati sekolah tersebut cuai kerana kejadian buIi berlaku di dalam bilik asrama ketua pengawas, lapor Harian Metro.

“Pihak sekolah dilihat begitu cuai kerana tidak membuat kawalan sedangkan kejadian berlaku di dalam bilik asrama ketua pengawas, bukannya di tepi longkang atau di kaki lima.

“Jadual warden bertugas sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalankan tugas diamanahkan. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja.

“Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamatan pelajarnya,” katanya.

Pada kejadian 26 April 2015 itu, mngsa dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar Tingkatan Lima.

Akibatnya, mngsa yang ketika itu menuntut di Tingkatan Dua kehilangan pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinganya pecah.

Ini menyebabkan mngsa tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup, selain mengalami beberapa kecederaan lain.

Laporan itu juga menyebut, mngsa seorang pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam UPSR pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma sehingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015.

Ibu remaja itu, Rusaila Abdullah, 43, dipetik Harian Metro berkata dia bersyukur kerana keputusan memihak kepada anak lelakinya.

“Alhamdulillah bersyukur semuanya sudah selesai. Apa yang kami lakukan ini (tuntutan) bukan untuk wang, tetapi demi pembelaan anak kami yang masih trauma sehingga hari ini dan hilang pendengaran akibat dibuIi,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!