Viral

‘Moga abah dapat lihat kami di syurga’ – Luahan PU Amin buat bapa tersayang undang sebak

SIAPA tidak kenal Pencetus Ummah (PU) Amin. Bukan saja bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah kepada orang ramai, tetapi juga lantang berbicara di media sosial berkenaan sesuatu isu yang menyentuh mengenai Islam.

Melihat personalitinya yang sempurna pasti ramai mengagak ia hasil didikan dari keluarga yang sempurna juga.

Namun tiada siapa yang menyangka, bapa kepada PU Amin adalah seorang insan yang cacat penglihatan.

Walaupun kurang sempurna, tetapi susuk tubuh inilah yang tanpa jemu mendidik dirinya menjadi insan berjaya seperti hari ini.

Malah semangat bapanya yang tidak jemu mengajar Al-Quran kepada anak-anak muridnya jadi motivasi baru buat PU Amin.

Dalam satu posting di laman Instagramnya PU Amin begitu menyanjung tinggi ayahnya yang juga seorang guru agama mengajar Al-Quran dan kelas fardhu ain di seluruh negeri dan juga untuk Persatuan Orang Buta Malaysia.

Bukan ayahnya saja yang cacat penglihatan, tetapi anak-anak murid ayahnya juga ada antaranya yang cacat penglihatan.

“Bawa abah makan roti bakar. Abah mesti order telur separuh masak. Alhamdulilalh moga abah terus sihat. Abah saya tak sabar nak mulakan kelas alquran dia bersama dengan anak anak murid nya.

“Lama cuti sejak PKP. Dia mengajar alquran dan fardhu ain di seluruh negeri dan di Persatuan Orang Buta Malaysia. Anak murid dia dikalangan cacat penglihatan dan ada juga yang sempurna macam kita.

“Tiap kali tengok semangat abah untuk mengajar Al Quran, saya juga dapat motivasi baru. Dah tak ramai hari ni yang boleh membaca dan menulis braile. Lebih lebih lagi nak ajar orang buta membaca dan menulis.

“Moga abah dapat lihat kami di syurga nanti. Mungkin tak dapat nikmat lihat di dunia, moga Allah kabulkan hajat untuk abah melihat keindahan syurga yang maha hebat. Pada yang ada ibu dan ayah hormati dan hargai mereka,” tulisnya.

Di akhir kapsyen, PU Amin turut memberi pesanan kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah supaya terus menghormati dan menghargai insan istimewa ini.

“Siapa pun mereka , tetap sempurna di hati kita. Pada kawan kawan yang ada penglihatan yang sempurna, jaga mata dari lihat benda tak elok.

“Jaga mata dari maksiat, takut Allah butakan mata kita hari akhirat, tak dapat tengok syurga Allah sebab banyak dosa mata. Nauzubillah. Pesanan buat diri saya sendiri dan semua,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Perkongsian ini turut mendapat respon daripada netizen. Masing-masing mendoakan agar ayah PU Amin diberi kesihatan yang baik.

“Semoga abah ustaz sentiasa diberikan kesihatan yg baik… Sayu plak tgk pic ni,” kata aishah_ismail

“Semoga kita yang celik ni tidak akan ‘buta’ al-Quran,” kata hazliezazali.

diyanaramlimilin pula berkata “Masyaa Allah.. semoga PU sekeluarga dalam rahmat Allah SWT”

“Semoga diberi kesihatan berpanjangan dan dapat terus mencurah ilmu AlQuran. InshaAllah,” kata you_me_tupperware.

“Mashallah….moga ayah AMIN sentisa dilindungi allah,” kata udeeens.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!