Berita Utama

Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meninggal dunia akibat Covid-19, hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook Jabatan Mufti Perak sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu sahaja meninggal dunia,” kata kenyataan itu.

Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!