Blog Berita Online

Politik

Muhyiddin jadi PM dengan sokongan pencuri, kata Mahathir

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya terus menghalakan serangan terhadap Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Terbaharu Ahli Parlimen Langkawi itu menuduh Muhyiddin menjadi Perdana Menteri hasil sokongan ‘pemimpin pencuri’. Dr. Mahathir bagaimanapun tidak menamakan pemimpin pencuri tersebut.

“Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional.

“Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin. Okaylah – asal dapat nikmat.,” kata Dr. Mahathir dalam hantaran terbaharu di blognya hari ini.

Dr. Mahathir mendakwa, ramai rakyat Malaysia termasuk kalangan pemimpin Bersatu yang sanggup menerima semula pemimpin yang didakwanya telah mencuri berbillion duit kerajaan.

Pemimpin Bersatu itu, menurut Mahathir pada mulanya menyertai parti Bersatu kononnya kerana berhasrat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dakwa beliau telah mencuri berbilion duit kerajaan.

“Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.

“Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan,” kata Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Bersatu itu adakah masih ada rakyat yang akan percaya terhadap mereka.

“Di masa hadapan orang tidak lagi akan percaya kita, tak apakah? Itu masa depan. Demikian sikap beberapa pemimpin dan ahli Bersatu,” kata Dr. Mahathir.

5 Comments

  1. Kahkahkah...

    Ko pn jd pm disokong oleh komunis..haha

    • Hadzir bin Yamin

      Menerima pencuri sebagai pemimpin… demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat adalah tindakan yang bijak. Menyelesaikan permasalahan rakyat, menangani dan menghindar permasalahan pandemic covid-19 dengan jayanya. Tindakan drastik pencuri pemimpin tersebut lebih terserlah dan lebih penting daripada janji-janji manis dan fitnah semata- mata.

  2. azzamys

    otak dia ada sikit senget..cakap merapu2

  3. arwahcepat

    Rakyat dah bijak, dulu zaman PM4 semua media di cucuk hidung kalau tak mau kena ISA sekarang Broadband berita dan maklumat bebas, rakyat binak menilai siapa pencuri sebenar dan siapa mangsa, siapa yg benar memimpin dan siapa gila kuasa hingga dgn penganas pun sanggup di buat kuda hingga tak sedar diri di perkuda melemahkan bangsa rakyat bermasam muka sesama mereka

Leave a Reply to Cancel reply