Viral

Murid India selesa belajar di Pasti, siap pakai tudung lagi

Pada kebiasaannya, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dipenuhi kanak-kanak Melayu dan beragama Islam kerana sistem pendidikan di situ berasaskan pembelajaran agama Islam.

Namun berbeza dengan Pasti Al-Irfan, Tebrau kerana mempunyai seorang murid berbangsa India.

Walaupun berbeza kaum dan agama, namun kanak-kanak bernama Sieymetraa Murugan itu tidak kekok belajar beberapa subjek agama seperti fiqh, sirah, hadis, Jawi dan bahasa Arab selain turut belajar mengenai solat.

“Ini adalah satu satu nya Pelajar tunggal Pasti Al Irfan Tebrau yang berbangsa India.

“Nama diberi Sieymetraa a/p Murugan. Sudah dua tahun Sieymetraa bersama kami.

“Selain subjek-subjek teras ,Sieymetraa juga beljar fiqh,sirah,hadis,solat,jawi juga bahasa Arab.

“Terima kasih kepada En Murugan sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik Sieymetraa dalam silibus berlandaskan pendidikan Islam dan kurikulum Pratahfiz..tanpa ada ragu dan prejudis,” tulis Pasti Al-Irfan dalam perkongsian di Facebook.

Sementara itu, netizen juga turut mengagumi ibu bapa Sieymetraa dan kanak-kanak itu serta mendoakan mereka diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam.

“Semoga ianya juga menjadi asbab untuk anak ini mencintai Islam dan seterusnya memeluk Islam. Semoga Allah memberi mereka sekeluarga hidayah. Aaminn..,” tulis Marina Sani.

Mohammad Daniel Anuar pula menulis, “Semoga satu keluarga mendapat hidayah daripada Yang Maha Kuasa untuk memeluk agama islam♥️♥️ amin.”

Loading...

Leave a Reply