Berita Utama

Pemandu lori J&T rentung dalam kemalangan

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori rentung selepas kenderaan tersebut terbabas di jalan berhadapan RTM Johor Bahru, Jalan Tasik Utara-Larkin, di sini pagi hari ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.46 pagi itu meragut nyawa pemandu lori, Muhammad Mustaqim Ismandi, 23.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata, kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori J&T Express lima tan di lokasi kejadian.

“Terdapat seorang mangsa yang tersepit dan rentung di dalamnya. Anggota bomba membuat pemadaman dan cuba mengeluarkan mangsa.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa yang memandu lori berkenaan berkonvoi dengan sebuah lagi lori sebelum kejadian berlaku.

Ketika di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak kon yang berada di atas jalan dan terbabas melanggar pokok di bahagian tengah jalan.

Kelihatan orang awam cuba membantu bagi memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa, namun api marak dengan cepat. -K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!