AMPANG JAYA – Identiti dua mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati di sini pagi tadi, sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dua mangsa berkenaan adalah Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44.
Beliau berkata, dua yang terselamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Elan, 51.
Terdahulu, media melaporkan sebuah helikopter membawa empat individu, termasuk seorang wanita, didakwa bertembung dengan sebuah helikopter lain lalu terhempas.
“Dua helikopter ini dari syarikat yang sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah.
“Siasatan polis setakat ini fokus kepada punca kematian, manakala siasatan punca kemalangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA),” kata Mohamad Farouk pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.
Katanya lagi, polis kini sedang menyiasat sama ada penumpang lain yang terbabit dalam kejadian ini.
Menurut perkongsian pengguna Twitter, sebuah helikopter berwarna biru terhempas, manakala helikopter kedua berwarna merah mendarat dengan selamat berhampiran padang SJKT Taman Melawati.
Leave a Reply