Blog Berita Online

Viral

‘Nak bayar baru perasan’ – Lelaki ini tersilap makan di rumah orang yang disangka restoran

Jauh perjalanan banyak pengalaman. Bagi pengembara berbasikal, Mohd Kharbi yang sering berbasikal merantau ke pelosok dunia, pastinya banyak pengalaman dan kenangan yang boleh dikongsikan ke anak cucunya nanti. Ada yang pahit, manis dan tak kurang pula ada yang mencuit hati.

Baru-baru ini, Kharbi berkongsi kisah melucukan apabila dia telah tersilap masuk ke rumah orang yang disangkakan sebuah kedai makan.

Semuanya disebabkan dia terlalu penat dan lapar setelah mengayuh lebih 70 kilometer dalam keadaan perut kosong.

“Mulanya ingatkan kedai, bila nak balik, tanya berapa ringgit. “Kenapa nak bayarnya, bukannya kedai.

“Adoii, tak malunya pagi-pagi makan kat rumah orang.” katanya dalam posting di group Facebook My Kayuh.

Makcik siap sendukkan lagi, memang layanan macam kat kedai

Tambah Mohd Kharbi, dia menyangka rumah itu adalah kedai makan gara-gara susunannya yang mempunyai ruang makan terbuka lengkap bersama meja makan seperti di gerai makan.

Lebih memalukan, pemilik rumah siap menyendukkan nasi buatnya. Betul-betul macam layanan di kedai.

Leave a Reply