Kalau nak jadi sekelip mata sahaja boleh berlaku. Walaupun di depan rumah sendiri pun belum tentu keselamatan anak-anak kita terjamin.
Keadaan sekarang tak sama macam zaman kita dulu-dulu yang bebas bermain dengan riang. Hari ini, jika terleka sikit, macam-macam kes jenayah berlaku.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Rehana Ahmad ini boleh dijadikan peringatan bersama.
Allah.. terima kasih semua keluarga dan kawan-kawan yang tolong doakan. Tak tahu perasaan kami ni macam mana. Masih terkejut, fobia walaupun ramai yang bertanya kejadian sebenar yang berlaku.
Hati-hati, depan rumah pun tak selamat
Tapi Allah lindung keluarga kami lagi. Alhamdulillah cuma nak kongsi pada orang ramai supaya hati-hati. Mungkin modus operandi baru untuk culik budak. Kejadian lebih kurang 6.30- 6.50petang, 21/12/2020.
Pintu grill rumah memang selalu bertutup & bermangga. Tapi petang kejadian itu ada ahli keluarga. Jadi kami memang ramai dalam rumah. Jadi bukan la sengaja buka pagar dan biar anak main dekat luar. Anak pun tak pernah main kat luar kalau tak ada ahli keluarga lain kat luar, dia duduk di pintu je intai orang.
Namun pada hari kejadian itu sekitar jam 6.30 pm tu waktu suami balik kerja. Jadi waktu tu cakap dekat anak, Aryan, papa balik. So Aryan tunggu la dekat pintu grill tu tunggu papanya balik. Kami duduk di meja makan tengah borak. Sambil mata tengok Aryan dekat pintu grill.
Bagaimanapun, pada hari tersebut, papanya lewat sikit. Allahu masa ni, adik Zaliana Asmida keluar dari tandas dan dia nampak dekat cermin nako tu bayang orang pakai baju pink menarik Aryan.
Mula-mula ingat papanya balik, tapi pelik kenapa seorang, sebab selalunya dengan adik sorang lagi Zahirah Azian. Bila dengar Aryan menangis terus dia menjerit Aryan.
Waktu dia menjerit Aryan nampk orang tu lari. Bila tengok dekat pintu orang tu dah tak ada. Aryan nak nangis pegang pipi. Masa kejadian tu berlaku betul memang tak alert. Sebab first ingat ada orang nak main dengan Aryan, sebab kejiranan sini memang selalu main dengan Aryan. Jadi saya ingat mula-mula tak ada apa-apa sebab kejiranan sini memang tak ada masalah.
Lepas abang ipar dah balik, Mida tak puas hati cerita balik. Dan bila tengok pipi Aryan bengkak, rasa tak sedap hati. Sebab pertama kenapa lari bila Mida jerit nama Aryan. Kedua, kenapa kalau dia nak main dengan Aryan kenapa perlu rentap Aryan sampai muka Aryan luka.
Tak pasti kena cekar atau kena grill. Sebab masa tu tangan kiri Aryan berpaut pada grill. (yang ni memang saya tengok sebab mata tengok ke Aryan sebab tu tak perasan dekat cermin nako ada orang).
Dan sebab ketiga yang menguatkan lagi instint, papanya baru keluar lif masa kejadian, dan nampak ada seorang lelaki pakai baju pink margenta gelap-gelap sikit lari lintang pukang dari balkoni bertentangan rumah kami hampir nak langgar seorang mak cik. Cuma dia tak la tengok muka lelaki tu, sebab fikir lelaki tu mungkin tengah bergurau dengan siapa-siapa main kejar-kejar. Nak-nak pulak letih balik dari kerja.
Masa related semua tu rasa macam tak jejak tanah kaki ni. Kalau la orang tu berjaya tarik Aryan.. Allahu..tak tahu la macam mana. Bila inform pada blok supaya hati-hati dengan anak masing-masing, mereka suruh report polis. Dan akan periksa CCTV.
Blok ni memang budak lepas je bermain. Kadang boleh tengok budak kecil-kecil turun pergi beli jajan, beli aiskrim. Macam anak saya memang saya tak lepas keluar. Duduk la dalam rumah kalau mama tak keluar. Mungkin sebelum ni parents sini rasa selamat. Sebab dia orang pun cakap ni kes pertama la dalam sejarah kawasan rumah kami.
Sebelum ni selalunya cubaan culik depan rumah, rumah taman atau rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja. Rumah kami lot tepi pulak tu. Sekarang terjadi dekat diri sendiri. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap macam mana.
Jadi anda perlu hati-hatilah. Keep alert anak masing-masing. Walaupun depan rumah, belum tentu selamat. Orang sekarang macam-macam. Bukan macam kita kecil-kecil dulu bebas ke mana-mana. Main dalam semak, hutan rileks je. Pergi kayuh basikal pergi kedai rileks je. Sekarang dah tak selamat guys. Beringatla.. Bukan dengan penyakit je risau, dengan manusia pun risau.
Kredit: Rehana Ahmad
Leave a Reply