Berita Utama

Netizen sebak lihat Shuib beritahu anak tentang pemergian Siti Sarah

Menerusi IG Live semalam, Shuib memberitahu dia menguatkan hati untuk memberitahu kepada ketiga-tiga anaknya mengenai pemergian ibunya.

Kata Shuib, sebaik sahaja dia pulang dari proses pengebumian, anak-anak sudah mula bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media sosial dan ramai ibu mereka sudah tiada.

Menerusi akaun Instagram Siti Sarah, Shuib memuat naik video dimana dia memberitahu anak-anak tentang pemergian ibunya dan selepas ini ibu mereka tidak akan pulang.

Sebaik sahaja Shuib mengatakan ibu mereka tidak akan lagi pulang, anak-anaknya menangis teresak-esak, malah Shuib juga dilihat sebak memaklumkan perkara itu.

“Ibu tak akan balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya lembut.

Perkongsian video tersebut turut membuatkan rakan artis dan netizen sebak serta menitipkan kata-kata semangat kepada Shuib untuk terus kuat demi anak-anaknya. Malah, ramai mendoakan ketiga-tiga ‘harta’ Allahyarham Sarah itu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!