Berita Utama

Isteri positif Covid-19 meninggal dunia selepas tiga minggu lahirkan bayi

SEORANG kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Melaka, Norsaliza Md Said meninggal dunia akibat Covid-19, pagi tadi.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada jam 11 pagi tadi selepas bertarung nyawa hampir sebulan.

Allahyarham disahkan positif Covid-19 ketika sarat mengandung lapan bulan dan bayinya terpaksa dikeluarkan ketika usia kandungan 33 minggu pada awal bulan yang lalu.

Selepas bersalin, arwah terpaksa ditidurkan kerana paras oksigennya merosot sebelum meninggal dunia hari ini.

Difahamkan, arwah meninggalkan seorang suami dan tiga orang cahaya mata termasuk bayi yang tidak sempat ditatapnya.

Rata-rata kenalan dan sabahat meluahkan rasa sedih di atas pemergian arwah yang disifatkan sebagai rakan kerja yang baik dab berdedikasi terhadap tugasnya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!