Baik wanita mahupun lelaki, bila mengetahui dirinya dihargai oleh insan yang tercinta, pasti terbit sekelumit perasaan gembira dalam hati, betul tak?
Bagi usahawan kosmetik bernama Nur Afrina ini, dia membuat keputusan untuk memberikan satu jambangan ‘bunga’ dipenuhi duit RM50 yang keseluruhannya berjumlah RM5,000 kepada suaminya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27.
Menurut Afrina, dia pada mulanya ketandusan idea untuk menyambut hari penting suaminya itu sebelum menempah jambangan ‘bunga’ tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram, wanita itu dilihat membawa jambangan bunga gergasi menuju ke lokasi sambutan hari lahir suaminya.
View this post on Instagram
Menurutnya, hadiah itu tidak seberapa jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan suami sebagai seorang ketua keluarga.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan rasa bimbang sekiranya si suami tidak menyukai jambangan berkenaan.
Saat tiba di majlis yang disertai ahli keluarga lain, lelaki tersebut terkejut melihat kehadiran isterinya membawa hadiah yang sungguh luar biasa.
Meninjau ke ruangan komen, majoriti pengikut Afrina memberi reaksi positif dan teruja melihat kegigihan wanita itu. Mana tidaknya, sanggup membawa jambangan bunga sebegitu besar ke hulu-hilir dan memberikan hadiah begitu ‘mahal’ buat suaminya.
Leave a Reply