Blog Berita Online

Berita Utama

Sempat bagi duit pada adik, wanita hamil 7 bulan maut digilis treler

Wanita sarat hamil tujuh bulan maut digilis lori treler selepas terbabit kemalangan di lampu isyarat Jalan Permatang Buloh, Sungai Dua, Butterworth malam tadi.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan melanggar lampu isyarat merah sebelum berlanggar dengan kereta pacuan empat roda.

“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam selepas pulang dari bertemu rakannya di Teluk Air Tawar, Butterworth.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan menggelongsor di atas jalan sebelum digilis sebuah treler yang melalui laluan tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Pemergian mangsa yang berusia 19 tahun itu mengundang sebak rakan dan kenalan dengan memuat naik ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Leave a Reply