Blog Berita Online

Berita Utama

‘Orang kata saya angkuh..’ – Dr Noor Hisham

Dalam satu sesi taklimat yang dijalankan pada Selasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tanggapan kononnya, setiap keputusan berkenaan Covid-19 dibuat mengikut kehendak dan keputusan beliau.

Dan, tanggapan ini ternyata tidak benar sama sekali kerana, setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan keputusan bersama dari 150 orang pakar dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya lagi, setiap hari semua pihak terbabit akan bertemu dan membincangkan segala aspek dan isu yang berbangkit membabitkan Covid-19 sebelum sebarang keputusan dan pengumuman dibuat.

Malah, setiap pendapat yang diberikan beliau kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah pandangan daripada pihak KKM.

“Kadang kala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saja saja yang membuat keputusan.

“I am only a messenger,” katanya.

Keputusan dalam menilai dan memahami setiap data melibatkan ramai orang sebelum pihak KKM mahupun MKN berkongsi kepada pihak media.

Leave a Reply