Berita Utama

Orang PH yang paling tak waras ialah mereka yang percaya Mahathir akan serah kuasa pada Anwar – Najib

Orang PH yang paling tak waras adalah mereka yang benar-benar percaya perjanjian hitam-putih akan menjamin PM4/PM7/PM7i/Bakal calon PM9 meletak jawatan dalam tempoh 6 bulan atau 1 tahun.

Sedangkan manifesto pun bukan kitab suci, apatah lagi dengan perjanjian sivil?

Melanggar perjanjian sivil bukan kes jenayah pun.

Apa yang PH Plus boleh buat jika dia tak tunai janji?

Mereka hanya boleh saman PM4/PM7/PM7i/Bakal calon PM9 dalam mahkamah sivil kerana melanggar perjanjian.

Jika PH Plus menang pun, mahkamah hanya boleh arahkan PM4/PM7/PM7i/Bakal calon PM9 membayar ganti rugi.

Mahkamah tak boleh arahkan PM4/PM7/PM7i/Bakal calon PM9 untuk letak jawatan sebagai PM kerana ini akan melanggar perlembagaan negara.

Lagipun, kes di mahkamah sivil akan berlangsung bertahun-tahun lamanya.

Bila kes mahkamah selesai, penggal PRU14 pun dah lama selesai.

Itupun belum mengambil kira kemungkinan dia akan sumbat sesiapa masuk ke dalam untuk kes liwat 3 jika dia marah apabila dia ditekan.

Loading...

Leave a Reply