Viral

Padah tidak sabar, penunggang motosikal melambung dirempuh kereta

SEORANG penunggang motosikal dipercayai berusia lingkungan 40-an dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Aeon Bukit Indah, Johor Bahru, pagi kelmarin.

Video rakaman dashcam pemandu berhampiran berdurasi 22 saat itu menunjukkan, penunggang berkenaan muncul dari bahagian kiri dan terus menuju ke tengah jalan walaupun lampu isyarat masih merah.

Tidak diketahui sama ada lelaki itu memang sengaja ke hadapan atau motosikalnya mengalami kerosakan. Dia yang memberhentikan motosikalnya di tengah jalan dirempuh sebuah kereta Proton Wira yang tidak sempat mengelak.

Mangsa dilanggar di bahagian betis kanan terlebih dahulu sebelum badan dan kepalanya terhentak di cermin depan kereta yang kemudian terjatuh di jalan.

Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu tetapi di media sosial, netizen berpendapat kemalangan itu tidak akan berlaku sekiranya mangsa bersabar menunggu lampu hijau.

Para pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal adalah dinasihatkan untuk tidak selalu melanggar lampu isyarat merah. Kebanyakan hari anda mungkin selamat, tetapi sekiranya nasib tidak menyebelahi, anda mungkin boleh terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa.

Jangan disebabkan kecuaian diri, keluarga anda kehilangan orang tersayang. Apatah lagi anak-anak yang kehilangan tempat bergantung kasih sayang.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!