Blog Berita Online

Berita Utama

Panggilan tak terjawab, ibu ditemukan meninggal dunia dalam rumah

KOTA KINABALU – Seorang wanita ditemui meninggal dunia selepas gagal dihubungi anaknya di rumahnya di Taman Jaya Diri semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa, Jumiah Suradi, 65, yang tinggal seorang diri ditemui meninggal dunia selepas bomba memecahkan pintu rumah si mati.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.37 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi membuka pintu.

“Selepas berjaya masuk ke dalam rumah, pihak kami menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun warga emas itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebelum itu, anak mangsa dipercayai cuba menghubungi ibunya sejak kelmarin namun gagal.

“Anak mangsa kemudiannya meminta pertolongan jiran bagi melihat keadaan ibunya tetapi tiada jawapan daripada mangsa di dalam rumah selain pintu berkunci,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Agustavia menyatakan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Leave a Reply