Blog Berita Online

Viral

Pekerja wanita nekad panjat kaunter, panik lelaki kurang siuman tayang ‘bebird’

Semalam, tular satu video seorang lelaki separuh bogel menggangu tiga pekerja wanita di sebuah kedai menjual telefon di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 15 saat memaparkan seorang lelaki yang hanya memakai baju berwarna oren memasuki premis terebut lalu melakukan aksi tidak senonoh di hadapan pekerja terbabit.

Salah seorang pekerja di situ cuba menghubungi pihak polis sebelum lelaki itu dilihat cuba memasuki ruangan kaunter.

Dalam keadaan panik itu, ketiga-tiga pekerja wanita terbabit sempat memanjat kaunter lalu melarikan diri dari premis berkenaan.

Sehingga kini belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sama ada suspek sudah berjaya ditahan atau sebaliknya.

Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat pemilik premis wajar mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di kedai tersebut supaya kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.

Leave a Reply