Berita Utama

Pasang Jalur Gemilang terbalik, sekolah Cina beri alasan tidak sengaja

PEMASANGAN Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Jalan Kapar di Klang Utara, didakwa dilakukan secara tidak sengaja.

Gambar dan status menunjukkan Jalur Gemilang dipasang mulai tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, status berkenaan dikongsikan di beberapa akaun Facebook dan turut mendapat komen berbaur perkauman.

“Siasatan awal mendapati Jalur Gemilang itu dipasang pada jam 5 petang semalam oleh seorang pekerja pembersihan sekolah warganegara Indonesia yang bertaraf Pemastautin Tetap. Dia dibantu seorang pekerja wanita tempatan.

“Bendera itu dipasang pada dinding belakang tingkat bawah bangunan Blok A sekolah itu. Selepas siap dipasang, pekerja itu turun untuk melihat kedudukan bendera berkenaan dan mendapati ia dalam keadaan terbalik.

“Pekerja itu kemudian terus bertindak membuka kembali bendera berkenaan dan memasang mengikut kedudukan yang betul dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pekerja itu bertindak menukar kedudukan bendera itu, seorang individu yang kebetulan berada di luar pagar sekolah terbabit sempat mengambil gambar kedudukan bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik.

Katanya, individu itu kemudian menyebarkan gambar berkenaan di media sosial Facebook dengan memainkan isu perkauman tanpa usul periksa.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya hentikan menyebarkan gambar itu yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Jelasnya, susulan kes itu, Timbalan Pengerusi Pengelola sekolah turut membuat laporan polis menafikan bahawa sengaja memasang terbalik bendera secara terbalik.

Loading...

Leave a Reply