Viral

Pasangan prihatin bantu dua beradik mengemis depan KFC dipuji netizen

Tular di media sosial video yang memaparkan seorang wanita memberi ayam goreng KFC kepada dua beradik yang sedang mengemis di hadapan restoran makanan segera itu sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menurut individu yang merakan video tersebut, dia pada mulanya memberikan wang kepada kanak-kanak itu.

Namun, melihat mereka sedang mengira duit yang telah diterima membuatkan dia berasa sebak lantas dia menyuruh teman wanitanya memberikan satu set makanan segera kepada mereka.

Menerusi video yang berdurasi selama 42 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak itu kelihatan sungguh gembira ketika menerima bungkusan tersebut seolah-olah mereka sudah lama tidak merasa makanan sesedap itu.

Malah, abang kenak-kanak itu sempat menujukkan tanda thumbs up kepada individu tersebut sebagai tanda terima kasih.

Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen yang memuji tindakan mereka berdua dan video tersebut telah dikongsi oleh netizen sebanyak 502 kali.

Loading...

Leave a Reply