Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai satu dakwaan yang mengatakan seorang pekerja di sebuah pasar raya di Banting telah memotong daging babi di tempat memotong daging ayam di premis berkenaan.
Difahamkan, isu tersebut mula tercetus selepas salah seorang pengguna Facebook memaklumkan tentang insiden yang berlaku selain meminta orang ramai terutamanya pelanggan Muslim supaya berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya terbabit.
Isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga pihak pengurusan pasar raya terbabit telah tampil membuat permohonan maaf.
Jelas mereka lagi, segala peralatan yang digunakan telah digantikan dengan yang baharu dan daging ayam yang dijual ketika kejadian sudah pun dibuang.
Bukan itu sahaja, mereka juga turut memanggil bilal masjid untuk membersihkan dan menyertu kawasan berkenaan manakala pekerja pasar raya yang terlibat telah dikenakan tindakan buang kerja serta-merta.
Sementara itu, netizen menyeru orang Islam agar memboikot pasaraya terbabit kerana tidak sensitif dengan isu halal haram golongan majoriti walaupun telah beroperasi selama berpuluh-puluh tahun.
Leave a Reply