Blog Berita Online

Berita Utama

Pelajar maut dilanggar lari, leher terkena besi penghadang jalan

SEORANG pelajar perempuan maut manakala bapa dan abangnya cedera selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Tol Batu 3, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang membonceng motosikal bersama abangnya dikatakan dalam perjalanan untuk ke sekolah sebelum dilanggar sebuah kereta yang kemudian terus melarikan diri.

Menurut saksi, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher, manakala abangnya cedera teruk di bahagian muka dan bapanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, mangsa merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

“Sedih tengok kejadian yang berlaku pada pagi ini. Kes langgar lari di mana kereta melanggar motosikal yang dalam perjalanan menghantar anaknya pergi ke sekolah.

“Seorang meninggal dunia kerana kecederaan serius di leher akibat terkena besi penghadang jalan, manakala seorang lagi mengalami kecederaan serius di bahagian muka.

“Si bapa cedera ringan, yang meninggal dunia adalah anak perempuannya. Si bapa menangis beritahu bahawa itu satu-satunya anak perempuan dia,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu bapa mangsa mengesan pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab itu.

Ramai netizen yang bersimpati dan memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Namun dalam masa yang sama turut mempertikaikan penggunakan besi penghadang jalan yang dianggap membahayakan pengguna.

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi maut dilanggar lari sebuah kereta di Bukit Changgang.

Sehingga ke hari ini, pemandu terbabit tidak dapat dikesan.

Kes langgar lari semakin menjadi-jadi, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memasang dashcam di kereta masing-masing sebagai langkah awal untuk merakam bukti kejadian agar dari membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply