PELAKON veteran Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengahari, Isnin.
Berita pemergian tersebut disahkan oleh anaknya iaitu Afiqah Jalil.
Kata Afiqah, bapanya yang berumur 69 tahun itu disahkan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.
“Ya betul, ayah saya sudah meninggal dunia.
“Ibu masuk ke bilik untuk tengok ayah dan didapati dia sudah tiada,” katanya kepada mStar.
Ditanya mengenai penyakit yang sedang dihidapi oleh arwah, Atiqah memaklumkan bapanya sedang bergelut dengan masalah jantung bengkak.
“Ayah saya memang ada masalah jantung bengkak,” ujarnya.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar.
“Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya.
Leave a Reply