Berita Utama

Pelakon Shahriza Mahmud kritikal di hospital, suami mohon doa peminat

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan pelakon Shahriza Mahmud, 55, masih tidak berubah apabila berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Putrajaya, Ahad lalu akibat demam panas selain meracau.

Perkara ini dimaklumkan suaminya, Saddiq Raffali, 40, menerusi status di Facebook miliknya.

“Hari ketiga di CCU. Cintaku Shahriza Mahmud masih dalam keadaan kritikal. Doktor sudah mengenal pasti jenis bakteria dalam sistemnya. Keputusan ujian Covid-19 masih belum diperoleh. Tolong teruskan sokongan dan doa anda untuknya. Tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa dia adalah pejuang. Dia akan berjaya mengatasi perkara ini. Dia selalu ada dan akan sentiasa ada,” tulisnya.

Status ini mendapat simpati rakan-rakan artis yang mendoakan agar pelakon yang popular menerusi siri Spektra pada era 1990-an ini kembali sembuh seperti biasa.

Terdahulu, Saddiq mengejarkan Shahriza ke hospital selepas didapati meracau-racau selain suhu badannya terlalu tinggi.

“Suhu badannya 39.5 darjah selsius dan dia terus ditempatkan di Zon Merah. Pemeriksaan doktor mendapati ada jangkitan kuman pada darah dan paru-paru. Itu yang buat dia demam dan meracau. Tekanan darahnya juga tak stabil dan doktor kemudian memasukkan tiub bantuan pernafasan untuk memudahkan dia bernafas,” katanya.

Dari Unit Rawatan Rapi (ICU), Shahriza dipindahkan ke Unit Penjagaan Kritikal (CCU) kerana bimbang sekiranya dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, dia bersama isterinya dan beberapa penulis terbabit untuk projek telenovela terbitan Global Station.

Mereka biasanya bekerja secara online sahaja, namun berjumpa tujuh hari lalu untuk mesyuarat pembahagian tugasan. Salah seorang penulis yang terbabit disahkan positif Covid-19, pada keesokannya.

“Shahriza boleh dikira kontak rapat kerana dia duduk di sebelah individu terbabit. Mereka berdua sudah menjalani ujian swab dan masih menanti keputusan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!