Blog Berita Online

Viral

Pelaku buli rayu ibu bapa mangsa tak buat laporan polis

PETALING JAYA: Warganet berharap ibu bapa kepada mangsa buli untuk tidak senang menerima maaf selepas anak mereka mengalami pengalaman yang pahit dan sakit dibuli oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi tangkap layar perbualan pelaku-pelaku dan ibu bapa mangsa buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Kuala Kangsar, Perak, mereka merayu dimaafkan dan memohon penjaga mangsa untuk tidak melakukan laporan polis.

“Kami semua nak mintak maaf sangat-sangat dekat pihak kau terutama kau (mangsa), ibu bapa (mangsa) dan semua orang. Kami sedar apa yang kami buat tu salah sangat-sangat.

“Kau (mangsa), aku (pelaku) nak mintak maaf sebab mengaibkan kau sebab rakam kau apa semua, aku harap sangat-sangat tolonglah jangan buat laporan polis, tolong la, kau je harapan weh sumpah lepas kita orang tak kacau kau dah,” kata pelaku di dalam tangkap layar perbualan WhatsApp.

Tangkap layar tersebut disiarkan oleh jnmalaysia menerima pelbagai reaksi oleh netizen yang rata-ratanya mengharap pelaku-pelaku itu kekal dikenakan hukuman dan ibu bapa mangsa tidak menarik laporan mereka.

“Kalau anak saya, kau minta maaflah macam mana pun, report tetap report. Tak boleh tolerate dengan bully. Mangsa tu physically and mentally hurt tau. Tindakan yang sewajarnya perlu untuk pelaku. Supaya jadi pengajaran dekat diri sendiri dan orang lain,” ciap myjassaramli.

“Oh nama adik yang kena tumbuk ni (nama mangsa) ya..kepada ibu bapa adik (mangsa) teruskan report polis! It’s a good thing they won’t hurt adik anymore but there’s no guarantee they will not run for the others pulak,” ciap chubbb__.

“Untuk kebaikan masa depan negara agar semua ambik pengajaran terhadap kes macam ni dan seangkatan dengannya, saya cadang keluarga mangsa teruskan buat laporan polis,” ciap ShahrilYusof.

“Semoga masuk penjara la budak-budak ni. masa pukul sikit pun tak reti fikir. Otak semua kat lutut. Semoga adik and family teruskan buat laporan polis. Jangan bagi muka,” ciap aidateddy.

“Dia merayu minta maaf sebab dah kantoi satu Malaysia. Kau fikir masa depan kau je, habis masa depan orang yang kau belasah tu? Entah dia ada internal bleeding pastu sakit sepanjang hidup ke, trauma lagi kot depressed, anxiety. Kenapa nak tunggu maktab bukak baru nak mintak maaf?” ciap TiadaCarut.

Leave a Reply