Berita Utama

Pemancing jumpa bayi perempuan kesejukan dalam kotak

BERA – Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan kesejukan ditinggalkan dalam kotak di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran jambatan Pejabat Risda di Kemayan hari ini.

Difahamkan bayi berkenaan ditemukan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, pihak polis menerima panggilan pada pukul 1.50 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan seorang bayi.

Kotak yang ditinggalkan berhampiran kebun sawit di Kemayan, Bera hari ini.

“Apabila polis sampai di tempat kejadian menjumpai seorang bayi perempuan masih hidup dalam kotak di tepi kebun kelapa sawit.

“Pihak polis telah memaklumkan kepada pihak Klinik Kesihatan Kemayan dan bayi berkenaan dibawa ke klinik kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksudn 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Katanya, polis sedang giat melakukan siasatan dan mengenalpasti individu bertanggungjawab membuang bayi berkenaan. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!