Blog Berita Online

Berita Utama

Pemandu ambulans rebah, meninggal dunia lepas hantar pesakit Covid-19

SEORANG pemandu ambulans meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit Covid-19 ke sebuah hospital di Perak, semalam.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.

Allahyarham disahkan negatif Covid-19

Sementara itu, hasil beberapa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap Allahyarham sebelum ini menunjukkan dia negatif virus itu.

“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Leave a Reply