Berita Utama

Pemandu Toyota Vios serah diri

PEMANDU kereta yang memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan telah tampil menyerah diri kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seorang lelaki tampil ke balai polis trafik di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

“Kita menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdahulu, dilaporkan polis mencari pemandu terbabit selepas memandu di lorong motosikal pada Khamis.

Pemandu tersebut turut memandu berlawan arus sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal terbabas dan melanggar tembok di tepi terowong, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!