Blog Berita Online

Berita Utama

Pemandu treler mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia

HULU TERENGGANU – Seorang pemandu treler berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan yang diparkir di bahu jalan di Kampung Tok Gebok, Ajil di sini hari ini.

Mangsa, Wan Mohd. Rudi Wan Yusoff dari Pulau Kerengga, Marang didapati tidak sedarkan diri selepas dikejutkan kelindan daripada tidur.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd; Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.25 pagi.

“Mangsa yang dalam perjalanan ke Aring, Kelantan dikatakan berhenti seketika di tepi jalan pada pukul 2 pagi kerana menunggu kedai buka bagi menukar tayar treler berkenaan.

“Mangsa ada mengadu sesak nafas kepada kelindan semasa dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd. Rudi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Ajil pada pukul 10.55 pagi dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply