Viral

Pemuda beli kereta Honda, syukur tunaikan impian ibu

Perasaan syukur dan gembira pasti dirasai setiap individu, setelah berjaya menunaikan hasrat ibu bapa yang telah banyak berkorban sejak dilahirkan.

Begitu diluahkan oleh seorang pemuda, @cankkqul di laman Twitter miliknya yang membeli sebuah kereta Honda Jazz untuk ibu tersayang sebagai tanda membalas jasa orang tuanya.

Menurut pemuda yang menjual barangan aksesori telefon itu, ibunya telah lama mengimpikan kenderaan jenis tersebut tetapi tidak mampu untuk membeli kerana tidak lagi bekerja.

“Alhamdulillah, mak selalu cakap nak sangat Honda tapi mak tak mampu sebab mak tak kerja. Akhirnya dapat tunaikan impian mak selagi mak masih hidup,” katanya.

Tambah @cankkqul, dia turut mendoakan bagi individu yang mempunyai hasrat sama demi membahagiakan ibu bapa supaya dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki dalam kehidupan seharian.

Posting tersebut mendapat 6,200 tanda suka dan diulang kicau lebih 2,000 kali selain komen warganet yang tumpang bangga dengan pencapaian pemuda berkenaan.

Loading...

Leave a Reply