Hiburan

Penantian 10 tahun berakhir, Irwansyah selamat timang cahaya mata pertama

SELEPAS menunggu lebih 10 tahun, akhirnya rumah tangga pelakon Indonesia, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar diserikan dengan kelahiran seorang bayi lelaki pada Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan aktor tersebut menerusi Instagram pada pagi Rabu.

Pelakon filem Heart itu turut berkongsikan nama putera sulungnya iaitu Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan dengan berat mencecah 3.4 kilogram di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia.

Zaskia yang juga merupakan seorang pelakon selamat melahirkan anaknya menerusi kaedah pembedahan.

“Assalamualaikum, anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak baik.

“Terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.

“Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan sokongan kalian semua dengan kebaikan dan keberkatan,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!