Pendakwah bebas, Ustazah Shadiya Abbas, 40, telah meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Sungai Buloh, awal pagi tadi.
Berita pemergiannya dimaklumkan suaminya, Ustaz MK Azman menerusi Facebook hari ini.
“Innalillahi wainna ilahi rojiun. Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah meninggal dunia jam 5.05 pagi akibat sesak nafas (asma),” katanya.
Ustaz MK Azman turut memaklumkan jenazah isterinya akan dikebumikan esok kerana pihak hospital akan melakukan ujian Covid-19 bagi mengetahui sama ada arwah dijangkiti virus tersebut atau tidak.
“Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di hospital ni. Oleh kerana kematian musim Covid-19, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak.
“Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan keputusan tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan,” katanya.
Sementara itu, posting terakhir Ustazah Shadiya bertajuk ‘JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH’ telah tular di media sosial.
Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen posting tersebut dengan ucapan takziah selain mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Leave a Reply