Berita Utama

Pengantin baharu dipercayai lemas ketika mandi di Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Mat Daud berkata, polis menerima maklumat kira-kira 6.20 petang semalam berhubung kejadian yang menimpa Ami Azzizol Abu Bakri, 22, yang berasal dari Dungun.

Katanya, sebelum kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu, beberapa saksi termasuk ahli keluarga Ami Azzizol melihat lelaki itu berenang dari sebuah rumah rakit ke dalam Sungai Petuang di hadapan rumah rakit tersebut untuk mandi.

“Tidak lama kemudian saksi nampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kekejangan otot.

“Seorang daripada saksi iaitu anak pemilik rumah rakit cuba memberi pertolongan, namun hampir lemas kerana mangsa memaut belakang saksi yang cuba membantu.

“Mangsa terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan semalam oleh 46 orang yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam, namun tidak menemui sebarang petunjuk.

“Pencarian diteruskan hari ini sekitar 8 pagi,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!