Berita Utama

Pengarah penguat kuasa MBSA pula direman

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Ogos 2020 itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Penangkapan baharu ini menjadi keseluruhan 10 individu telah ditahan SPRM bagi kes berkenaan melibat 9 pegawai dan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga.

Isu perniagaan haram di Sungai Buloh menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video yang disiarkan secara langsung oleh Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!