Berita Utama

Pengeluaran penuh kekal usia 55 tahun – KWSP

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tiada sebarang cadangan bagi menaikkan had umur pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP kepada 65 tahun, lapor Bernama.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut,” menurut dana persaraan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya.

KWSP bagaimanapun berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

Loading...

Leave a Reply