Kuala Lumpur: Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha di rumahnya di Segambut di sini, pagi hari ini.
Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 10 pagi.
Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.
“Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah Shukri.
“Apabila masuk ke dalam rumah didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam biliknya dalam keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beh berkata, jenazah Shukri kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan proses bedah siasat akan dijalankan esok.
Leave a Reply