Blog Berita Online

Viral

Peniaga burger viral rupanya hidup mewah, pernah makan ‘Tomahawk’ berharga RM1,000?

Jika betul apa yang diperkatakan ini, memang satu Malaysia kena tipu! Peniaga burger bernama Faisal yang viral baru-baru ini gara-gara dikompaun RM50,000 kerana jual burger lebih masa dikatakan hidup mewah.

Ini selepas tularnya gambar dia sedang menikmati hidangan steak di sebuah restoran dengan bil mencecah RM1,000.

Berikutan itu, netizen mula ‘menyiasat’ identiti sebenar lelaki berkenaan dan menjumpai lebih banyak bukti menunjukkannya tidak mampu seperti yang digembar-gemburkan.

Manakala kompaun yang dikenakan itu memang patut pun disebabkan dia melanggar SOP.

Berniaga melebihi masa sampai pukul 4 pagi. Ye lah, pihak berwajib pun mestilah menjalankan tugas. Takkan lah sesuka hati diorang jer nak saman kalau tak buat salah.

Ruangan postingnya mengenai kompaun yang dikenakan juga dihujani dengan komen-komen netizen yang lain.

Tak caya? Cuba tengok jap. Jangan main-main dengan kuasa netizen ni.

Hmm..macam-macam betul lah. Apa pendapat anda? Komen sikit.

Leave a Reply