Berita Utama

Penjaja lampu isyarat kena saman

SEKUMPULAN individu yang menjalankan aktiviti menjaja di lampu isyarat di Taiping, Perak dikenakan tindakan saman.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, kelmarin telah mengeluarkan empat saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri.

Menerusi perkongsian di Facebook Polis Taiping, tindakan itu terpaksa diambil selepas nasihat yang diberikan tidak diendakan.

“Ops Penjaja Jalanan telah dijalankan di sekitar pentadbiran IPD Taiping Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Taiping, Ng Wei Boon, kelmarin.

“Hasil ops yang dijalankan telah mengeluarkan empat keping saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri setelah dinasihatkan beberapa kali sebelum ini.

“Pihak Polis juga turut menasihati agar berniaga di tepi jalan yang lapang dengan menggunakan kanopi,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah salah satu perkara yang mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas. – Malaysiapost

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!