Blog Berita Online

Berita Utama

Penunggang motosikal parah gara-gara wanita buat pusingan U

GOMBAK – Seorang penunggang motosikal parah selepas melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu Rawang di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 petang ketika mangsa berusia 23 tahun itu menunggang motosikal dari arah pekan Rawang menghala pulang ke rumah di Taman Tun Teja Rawang.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi sebuah kereta Proton Persona dari arah bertentangan telah membuat pusingan U dan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar di bahagian hadapan kiri kereta itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah termasuk patah kaki kanan dan tangan kiri sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, wanita berkenaan kini dilaporkan stabil manakala pemandu kereta sedang disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Arifai berkata, pemandu wanita berusia 35 tahun itu akan dipanggil untuk memberi keterangan secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Katanya, mana-mana kenderaan tidak dibenarkan membuat pusingan U di persimpangan tersebut yang jelas menjadi satu kesalahan.

Sebelum ini video berdurasi 21 saat yang memaparkan insiden itu tular di laman sosial.

Leave a Reply