Blog Berita Online

Berita Utama

Penyebar gambar palsu banjir di Raub dicari

Tular di media sosial gambar yang menunjukkan satu keluarga di atas bumbung rumah mereka yang ditenggelami air akibat banjir.

Menurut kenyataan pada gambar tersebut, ia dikatakan berlaku di Kampung Ajai, Raub.

Penyebaran gambar tersebut telah mencetuskan rasa panik orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga tersebut sedangkan ia sebenarnya tidak benar.

Hasil carian di Google mendapati gambar tersebut sebenarnya kejadian banjir di Cagayan, Filipina pada November yang lalu.

Sehubungan itu, pihak polis sedang mencari penyebar gambar palsu tersebut untuk siasatan lanjut.

Untuk info, jika seseorang menyebarkan gambar atau berita palsu dengan sengaja, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Leave a Reply