Viral

Penyewa tak bayar sewa tiga bulan, tuan rumah pula dikunci dari luar

MEMANG tak dapat dinafikan, menjadi pemilik rumah sewa bukanlah satu perkara yang mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai karenah dari penyewa.

Inilah yang terjadi kepada pemilik rumah sewa ini apabila dia telah dikunci oleh penyewa di rumahnya sendiri gara-gara penyewa tersebut tidak mampu membayar sewa.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, Kamil Hakimi.

Berdasarkan penjelasan dari video yang viral itu, wanita berkenaan mengaku bahawa dia adalah pemilik rumah sewa berkenaan.

Menurut wanita itu, dia telah tinggal di rumah tersebut dan dalam masa yang sama dia juga telah menyewakan salah satu bilik kepada individu lain.

Malangnya penyewa yang tidak bertanggungjawab itu dikatakan sudah tidak membayar sewa bilik selama tiga bulan.

Difahamkan, barangan milik individu itu juga masih ada di rumah tersebut dan pada waktu pagi ketika wanita ini pergi bekerja, individu terbabit telah kembli semula ke rumah tersebut untuk mengambil barangannya.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana selepas pulang dari kerja dia mendapati pintu pagar rumah itu masih menggunakan ibu kunci yang lama.

Tetapi pada keesokan harinya, dia terkejut melihat ibu kunci sudah ditukarkan kepada yang baharu sehingga membuatkan dia tidak boleh keluar rumah.

Susulan daripada itu, wanita ini telah menghubungi pihak bomba untuk membantu membuka pintu yang ‘terkunci’ itu.

Wanita ini mengesyaki bahawa penyewa tersebut telah menukarkan ibu kunci pada waktu malam ketika dia sedang nyenyak tidur.

@kimiechannelOwner rumah dikunci oleh penyewa disebabkan tak dapat bayar sewa. Bahaya sekarang ni gaiss.! ##abangbomba ##bombamalaysia ##youtubermalaysia ###fyp ##fypシ♬ orijinal ses – ponciklendin

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan individu terbabit selain menasihati tuan rumah agar membuat laporan polis.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!