Hiburan

‘Perempuan bertudung dan muka daif ni bahaya’ – Ali Puteh

Kematian menyayat hati yang melibatkan seorang gadis Siti Nur Surya Ismail, 19, telah menarik perhatian pelawak Ali Puteh.

Mangsa yang dibunuh kejam itu disyaki dilakukan oleh kawan perempuannya sendiri.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Ali meluahkan rasa marah dengan kejadian yang mendukacita itu.

Dalam pada itu, Ali turut bersedih dan simpati dengan dugaan yang menimpa keluarga mangsa dengan keadaan ibunya yang terlantar sakit.

“Bertudung itu dah betul dah. Tapi kerana tamak kan duit sanggup membunuh kawan baik sendiri kerana duit?

“Allahu kesian mak dia sakit terlantar. Kesian ayah dia kesian keluarga dia. Pengajaran yang kita dapat bertudung muka alim-alim kesian nampak macam daif ni bahaya.

“Sebab mereka tak tunjuk depan-depan. Mereka buat jahat dalam diam. Kerana duit dan tamak! Bunuh kawan baik.

“Bahaya betul kalau buat muka kesian konon-konon baik ni. Semoga ke muka pengadilan kamu.

“Hati-hati guys. Bising tak semesti jahat, diam tak semesti baik. Ish bahaya ni,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Ali telah memadam posting tersebut tidak lama kemudian.

Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi.

Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam.

Loading...

Leave a Reply