Berita Utama

Perutusan khas Covid-19 petang ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, petang ini berkaitan situasi semasa Covid-19.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan perutusan itu pada jam 6 petang ini dan ia akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Perutusan itu dijangka berkaitan langkah kerajaan susulan kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak semalam.

Malaysia mencatat sebanyak 432 kes baharu Covid-19 dengan 429 kes membabitkan penularan tempatan dan tiga kes import semalam.

Ia sekali gus angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara ini.

Trend peningkatan kes baharu ini semakin membimbangkan dengan 293 kes pada 4 Oktober, 317 kes (3 Oktober), 287 kes (2 Oktober), 260 kes (1 Oktober).

Muhyiddin turut menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di rumah susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut dilaporkan menjalani kuarantin kendiri di rumah kerana hadir pada mesyuarat bersama jemaah menteri.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!