Blog Berita Online

Berita Utama

Pihak melobi keluar simpanan KWSP adalah penghasut rakyat – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri ZAfrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan pihak yang lantang melobi untuk dibenarkan sekali lagi pengeluaran simpanan KWSP sebagai penghasut rakyat.

Katanya, idea pengeluaran wang simpanan KWSP itu pertama sekalinya dicetuskan oleh kerajaan berdasarkan pertimbangan dan perkiraan yang rapi tanpa penglibatan pihak terbabit.

“Suara yang hari ini sibuk menghasut rakyat tidak terbabit sama sekali dalam perhitungan dan keputusan berkenaan. Mereka mengambil kesempatan mengeksploitasikan perkara ini sebagai modal untuk menyelar pihak KWSP dan kerajaan. ” tambahnya lagi.

Katanya lagi, keizinan luar pengeluaran simpanan sebelum ini diberikan memandangkan adanya situasi luar jangkaan iaitu pandemik global yang melanda Malaysia.

“Namun, setelah beberapa kali pengeluaran diizinkan dan selepas lebih RM101 bilion disalurkan keluar daripada KWSP, cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja ” ujarnya.

Walaupun tidak memetik sesiapa, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang lantang bersuara mengenai isu pengeluaran simpanan wang KWSP sebanyak RM10,000 kali terakhir.

Pada 27 Disember lepas, Najib mengingatkan kerajaan agar tidak mendengar nasihat Menteri Kewangan yang disifatkannya sebagai ketinggalan zaman Perikatan Nasional selepas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran tersebu.

Kata Ismail Sabri, isu terbabit sudah bebebrapa kali dijawab menteri kewangan selain pelbagai kemudahan kewangan sudah diperuntukkan selain bantuan mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan ketinggalan zaman PN.Dengarlah rintihan rakyat. Last sekali pengeluaran khas. Lepas itu, fokus untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya.” kata Najib.

Kali terakhir, pada 28 Disember, Najib berkata rakyat amat sesak untuk mengeluarkan wang tersebut.

“Itu (wang KWSP) duit mereka. Dalam keadaaan rakyat amat-amat sesak, mereka perlu keluarkan simpanan mereka, dan saya telah beri cadangan bagaimana boleh dipulihkan simpanan mereka. Saya tak nampak ada halangan yang alasan supaya tidak diberikan,” ujar Najib.

Leave a Reply